Tuesday, June 2, 2015

Kalau rindu,cari tuannya,Kalau mati,jejak pusaranya.



Salam Secangkir Kenangan Sosio-Budaya..





ASSALAMUALAIKUM..

   Hai semua! Hari ni adalah antara hari yang paling menggembirakan teeha sepanjang kat UM ni.Awat duk hepi sangat ni ceq? hehe.Alhamdulillah,harini Geng Tahun 2 Sosio-Budaya ada buat santai-santai sikit.Sesi bonding2 gituuu.Nak kata sesi berkelah sambil buat luahan pun boleh jugak.Hehe.Al maklumlah,dah lama tak berbonding sedasyat harini.hehe.Masing2 dengan komitmen masing2 kan.Jadi student UM perlulah berkomitmen.dah title budak2 pandai kan(prasan jap).hehe.

   Sebenarnya,dah 2 3 hari kami bebudak sosio duk plan nak berkelah sama2 kitaorg ni.Org luar dilarang join ok(syarat ketat dari kawan teeha,si liza) haha.Plan punya plan,jadi jugak sesi santai2 kita harini ye.Syukur!  So,petang tadi apa lagi,berkumpul la sume orang di bawah Rumah Pokok Somali UM yang tersergam utuh tuu(xtau betoi ke dak ayat ni,balun ja,kiki).Masing2 bawak makanan masing2,simple2 je kami makan,tapi kenyang.Alhamdulillah  :)


taraaa! makan simple2 je,nama pun berkelah kan.huhu

Ni si nastaain,dia paling banyak complain pasal makanan,tapi dia jugak yang paling banyak makan.haiyaaa!!

Hepi sungguh dapat berkelah sakan,tambah2 ngan geng sekelas kita pulak! berbonding2 la hari ni ye.huhu.Ni pulak gambar-gambar sepanjang sesi bonding berlaku.Comel2 depa ni.Tengokla geng sape.hehe


















haaa,dah kata tadi kan,depa ni cute2 sume.katangg2,cun2 sume.heee.Dalam duk makan2 tuu,ada la jugak sesi Luahan Sosio-Budaya.Amboi,luahan bagai.hehe.Bukan apa.selama kita duk berkawan,satu kelas pulak tuu,confirm ada terguris  hati sikit2,terkasar bahasa,dan banyak lagi ter-ter yang lain ye.So,ni la peluang terbaik nak minta maaf sama2 kita.Exam pun da dekat, so bermaaf-maafan sesama kita ye evelibodi.hehe

Kalau tadi gambar berkelompok,ni ceq nak bagi gambar kumbang Sosio-Budaya Tahun 2 pulak.Siap siaga naa sume,jangan duk melting bagai,haha










Maafla,kumbang tak berapa nak behave kalau dah boleh bergambar camni.Kesian kat Kumbang Si Am duk jadi mangsa ambik gambar depa2 ni si kumbang ligat.hehehhe.Mesti sume tak jadi nak melting kan? takpa2.Kumbang masih banyak diluar sana.kikiki

Dah tengok kumbang2 sosio,skrg kita tengok Bunga2 Sosio pulak.Manis ke idokk.hehe



haaa,sapa kata gadis sosio xmenawan,tak menarik hati,tiada terpikat.Cun aihhh sume! tunggu masa nak disunting je sume.hehe.2 tahun duk UM,buat pape pun,dengan diorg lahh.Haihhh,how time flies.Tinggal setahun je lagi nak abih mengaji kat UM ni.Dah bawak haluan masing2 jangan lupa kat teeha na,sayang hampa angat2   :)

ok,sekarang ni teeha nak perkenal kat hampa sume geng sosio teeha sorg2.Setiap seorang dari depa ni punyai kelebihan dan keistimewaan masing2.Sebab tu boleh masuk UM,hehhe(melawak ja)


ni si budak fatin.Seorang yang puitis.kalau tak puitis,tu org lain,bukan atin.haha.dia ni kira macam penolong ketua la dalam kelas.Seorang yang fokus jugak(atin,bila dah baca teeha puji banyak2 ni,mohon belanja ok)hehe,xdelah,ikhlas puji ni.


ni pulak luqman.Antara manusia paling komited dalam kelas.Pandai psycho orang dengan sikapnya yang suka menghantar assignment lebih awal dari orang lain.haha.Ni jugak teman susah senang teeha waktu Pilihanraya Kampus tahun lepas.Sama2 duk bertanding dengan dia time tuu.Luqman kata dia nak smbung belajar sampai dapat PHD,Insya-Allah man,mudah-mudahan tercapai hasrat ko ye Man..Amin...


haa,ni pulok gadis melako,style dok? hehhe.ni liza,awal2 kenal ingat budak ni pendiam,tapi dlm ramai2 dia ni haa paling bisingg.Duk buat lawak pun bagi kat dia la haa.hehe.Liza single lagi,kalau berminat,pm teeha awal2 noh.kikiki



ok,now turn si retiss ni pulak.Retiss ni memang jenis goreng pisang panas.ada je show sana sini kat UM ni haa.Nama dia zul.Suara sedap ceqq oii.bawak la lagu apa pun,maintain je suara.satu lagi respect kat dia ni,dia lantang bersuara kalau rasa sesuatu perkara tuu xbetul.KIPIDAP zul! hehe



si dara manis ni pulak nama dia Gulzar.Panggil za je.memang jenis sopan santun org dia.lawa pun lawa.hehehe.Seorang yang komited ngan keje yg dia buat.Antara bestiee terawal teeha kat UM ni.Sori,za dah berpunya.Melepass sudaa.hehe.Luv u za  :)


ni pulak shika.Shika dah berpunya jugak(bagitahu awal2) haha.Shika ni jenis manusia paling relaks dalam kelas.rileks2 pun,dia pandai.hehe.dulu ambik masa lama jugak nak ngam dgn shika ni sbb agak pendiam,skrg ok dah.Dia sempoi n baik hati.huhu



haaa,ni si nas yang makan byk td.haha.Keje suka bahan org.Suka makan jugak.kikiki.Dia asal Johor.Johor ngan Kelantan,memang susah nak ngam.haha.Si nas ni rajin jugak org dia.Assignment sume,konsisten.baguss nas! huhu



haaa,ni ckin.Ckin orang sarawak.kamek kitak.kamek kitak.dua tuu jela teeha taw.hehehe.Ckin ni peramah jugak orgnya.n selalu jgk bg kata2 semangat time teeha tgh down.tq ekin.Jasamu dikenang.hehhe




ni am,tukang ambik gmbr kumbang ligat tadi.hehhe.Am ni presiden kolej,presiden persatuan APM jugak.merangkap ketua klas kami.huhu.Mungkin dia punya jiwa kepimpinan tuu tinggi sangat,semua jawatan dia pegang.haha.Am juga model iklan colgate(tgk gigila) haha



dalam kelas,ni lah satu2nya kawan teeha yg juga asal dari Kelantan.Ina nama dia.Ina agak pemalu org dia,tapi sangat baik hati.hehe.Ina antara usahawan terawal dalam kelas kami.hehehe


ni pulak amir.Seriously,awal2 dulu langsung tak bertegur dgn amir sbb amir pendiam.takut nak tegur.lama2 baru boleh masuk.hehhehe.Juga salah seorang yang fokus dalam kelas.masih single rasanya.hahahah(tanya tuan punya badan sndiri)



ni pulak natrah.Natrah pandai.baru2 ni dia dapat dekan.bila la nak pandai cam dia.hehhehe.kalau xfaham assignment sume,byk refer kat dia.gaya nat pun dah macam cikgu2 dah.hehe


ok,ni laila.laila agak pendiam orgnya,tapi dari segi belajar,laila terer.huhu.laila jenis yang ringkas dan sempoi jugak orgnya,senang berkawan dgn dia.  :)



ni si mira.Mira yang paling comel.hehe.mira bagus dalam menyatakan pendapat tentang sesuatu perkara.byk jugak nasihat yg mira bagi kat teeha sblm ni.Insya-Allah akan digunakan dengan sebaik mungkin.tq mira omey!   


ni less.budak paling kecik dalam kelas.garang orgnya,boleh tahan banyak cakap.hehhee.tapi dia penghibur dalam kelas.ada je bebudak ni nak usik dia dlm class.satu yg teeha suka pasal less,dia pandai bergaya.Nampak kena sangat setiap apa yang dia pakai.Stay beautiful as always less.huhu



ni erra fazira kelas kami.hehhehe.muka dia macam erra weii.senyum dia manis.wuhuuu.ira antara org paling awal akan dtg ke kelas.tabik spring laa walaupun kolej dia jauh di kk9 sana.kekalkan semangat macam ni k ira.chaiyokk  :)


nilahh antara sahabat2 yang mewarnai dunia sosiobudaya teeha.ada sorg lagi,fika,tapi xsempat pulak bergambar td.huummm  :(  

pelbagai rasa dan perasaan kami kongsikan petang tadi.Sedih ada,gembira ada,pelbagai rasa.
kita tinggal lagi dua semester,sebelum masing2 membawa haluan sendiri.Kuatkan hati.Teeha doakan kita 18 orang ni grad dengan jayanya tahun depan.Bertahan k.2 sem xlama.pejam celik,semuanya akan tinggal kenangan.

terima kasih atas rasa manis persahabatan kita ni.Moga kemanisan ni berkekalan hingga ke Jannah.Insya-Allah.

Salam Sayang..
Teeha..






























Monday, June 1, 2015

Anugerah Hal Ehwal Pelajar UM 2015


Alhamdulillah dan syukur ke hadrat ilahi...
Betul kata orang,kalau kita buat keje dengan betul-betul ikhlas,pasti ganjaran yang diperolehi juga setimpal dengan kerja yang dilakukan.Alhamdulillah atas kepercayaan yang diberikan oleh orang sekeliling untuk mengendalikan projek Discover your Beauty Confidence with Mary Kay ni.Sumpah cakap,teeha saje2 je isi borang anugerah tu,langsung tak jangka akan dapat anugerah ni,sebab semua yang apply hebat2 belaka.Pegi dinner malam tu pun sekadar untuk makan n memenuhi jemputan dari Hal Ehwal Pelajar UM.Tup2 sampai kat meja pendaftaran,kak fiza(pegawai HEP) suruh duduk meja penerima Anugerah.And i was like..what? ok terus rasa nak menangis sebab rasa diri ni biasa2 je.Ramai yang lagi layak.Allahu,kalau dah rezeki kata orang.Terima dengan hati terbuka dan bersyukur yang amat sangat.Alhamdulillah berkali2 diucap dalam diri.

Anugerah yang sangat hebat dari HEP UM,bukan untuk teeha sorang,tapi semua yang turut sama terlibat dalam projek mega ni.And big thanks kat scha sebab tawarkan teeha jawatan Pengarah projek ni.Awal-awal susah nak terima.THIS IS A VERY BIG PROJECT.Alhamdulillah,Allah takkan uji hambanNya dengan suatu perkara yang diluar kemampuan.Teeha terima tawaran ni lepas berfikir panjang,lepas minta pendapat dari beberapa orang rakan terdekat.2 3 bulan waktu dihabiskan untuk projek ni.Panjat pejabat HEP untuk urusan itu ini takyah cite la bape kali.Nak kena jumpa wakil2 dari Mary Kay lagi.Penat memang penat,tapi puas,puas sebab kita dah usaha sungguh2 n orang suka kerja yang kita buat.

Team Teeha dari Srikandi Malaya juga hebat2 semuanya,timbalan yang sentiasa disisi,sape lagi kalau bukan Lysa.Scha yang siang malam tanyakan perkembangan projek,yang sentiasa mengingatkan kalau lupa apa2 persiapan tentang projek,and ramai lagilah Srikandi2 yang lain.Terima Kasih Semua Orang!  

-With my Timbalan,Si Cantik Lysa-


Anugerah ni pembakar semangat untuk Teeha kerja lebih keras lepas ni.Teeha ni jenis kalau dah minat,memang akan buat sungguh2.Even orang cakap Teeha tak mampu buat,tapi last2 teeha buktikan jugak teeha mampu.Ramai cakap teeha kuat.Ya,teeha kena kuat.teeha taknak hampakan sape2 yang ada sekeliling teeha.kebahagiaan org sekeliling adalah kebahagiaan sebenar teeha.

Now stop jap program2 sume,focus on exam plak k.Doakan yang terbaik,18 hb ni start my first paper.Permudahkanlah Ya Allah.Doa2 jugak,usaha pun kena seiring dengan doa k.Terima Kasih semua.Terima Kasih Ya ALLAH.Syukur,Alhamdulillah   :)